Monday, 30 January 2012

Ilmu Fiqh


Apa Itu Ilmu Fiqh?
  • Dari segi bahasa Ilmu Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhan.
  • Namun kemudiannya dikhussukan ulama' kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum- hukum amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal- hal ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
  • Secara lebih jelas, Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulama' sebagai ;
"Ilmu berkenaan hukum- hukum Syarak yang bersifat amali yang diperolehi dari dalil- dalilnya secara terperinci"
  • Para Ulama' membahagikan hukum- hukum Syarak kepada tiga bahagian iaitu: 
  1. Hukum- hukum I'tiqad 
  2. Hukum- hukum 'Amali
  3. Hukum- hukum Akhlak
Apakah Tujuan Mempelajari Ilmu Fiqh
  • Tujuan mempelajari Ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hukum Syarak mengenai setiap langkah manusia dan melaksanakan hukum hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.
Apakah Maksud Dengan Hukum Syarak.?
  • Hukum Syarak ialah :
"Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan- perbuatan hamba yang mukallaf  sama ada ia perlu melakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya."
  • Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil- dalil Syarak iaitu al-Quran, dan as-Sunnah.

Berapakah Pembahagian Hukum Syarak?
  • Melihat kepada pengertian hukum diatas, dapat disimpulkan bahawa perbuatan- perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar ;
  1. Pertama - Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan.
  2. Kedua   - Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan
  3. Ketiga   - Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin    melakukan atau meninggalkannya.

No comments:

Post a Comment