Monday, 30 January 2012

Ilmu Fiqh


Apa Itu Ilmu Fiqh?
  • Dari segi bahasa Ilmu Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhan.
  • Namun kemudiannya dikhussukan ulama' kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum- hukum amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal- hal ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak.
  • Secara lebih jelas, Ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulama' sebagai ;
"Ilmu berkenaan hukum- hukum Syarak yang bersifat amali yang diperolehi dari dalil- dalilnya secara terperinci"
  • Para Ulama' membahagikan hukum- hukum Syarak kepada tiga bahagian iaitu: 
  1. Hukum- hukum I'tiqad 
  2. Hukum- hukum 'Amali
  3. Hukum- hukum Akhlak
Apakah Tujuan Mempelajari Ilmu Fiqh
  • Tujuan mempelajari Ilmu Fiqh ialah untuk mengetahui hukum-hukum Syarak mengenai setiap langkah manusia dan melaksanakan hukum hakam tersebut dalam kehidupan dalam segenap ruang dan lapisannya.
Apakah Maksud Dengan Hukum Syarak.?
  • Hukum Syarak ialah :
"Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan- perbuatan hamba yang mukallaf  sama ada ia perlu melakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau meninggalkannya."
  • Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil- dalil Syarak iaitu al-Quran, dan as-Sunnah.

Berapakah Pembahagian Hukum Syarak?
  • Melihat kepada pengertian hukum diatas, dapat disimpulkan bahawa perbuatan- perbuatan hamba mengikut hukum Syarak berada dalam tiga bahagian besar ;
  1. Pertama - Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan.
  2. Kedua   - Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan
  3. Ketiga   - Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan (yakni terserah kepada manusia sama ada ingin    melakukan atau meninggalkannya.

Riak Dalam Ibadah

RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:

Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah as syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal?
Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata: 
“Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu.”
Ada insan yang ketika beribadah secara bersendirian kualiti amalannya tidak sehebat ketika orang lain memandangnya. Contoh seseorang yang solat bersendirian maka solatnya tidak sepanjang atau bacaan dalam solat tidak dilagukan atau dinyaringkan.
Apabila di depan orang ramai, solat menjadi panjang dan suaranya dikuatkan supaya orang lain mendengar bacaan yang berlagu. Tasbihnya pula dibiarkan di tangan sambil mulut terkumat-kamit agar dilihat orang.
Begitu juga boleh dianggap riak jika seseorang memakai pakaian seperti ulama iaitu berjubah dan serban besar bertujuan menampakkan dirinya sebagai alim dan kuat beribadah. Ada juga individu sengaja menghitamkan dahi dengan menggosoknya menggunakan objek keras supaya kelihatan seperti yang kuat mengerjakan solat dan lama bersujud..
Kerisauan Baginda SAW terhadap sifat riak disebabkan penyakit hati ini mudah menyerang setiap insan kerana jiwa manusia memiliki kecenderungan suka menerima puji dan kedudukan tinggi di hadapan orang lain. Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak: “Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain.”
Riak juga berbahaya kerana meresap dalam amalan umat Islam dalam keadaan samar. Mereka yang dihinggapi penyakit riak tidak menyedari ibadah sudah tercemar kerana hilang keikhlasan.
Riak dianggap Rasulullah SAW sebagai amalan syirik kecil kerana bagi seseorang yang sudah dihinggapi sifat ini ibadahnya tidak lagi ikhlas untuk mendapat keredaan Allah, sebaliknya menempatkan insan lain sebagai tandingan bagi Allah kerana amalnya bertujuan menarik perhatian insan itu.
Justeru, riak bukan sekadar boleh menyebabkan seorang terjebak dalam dosa, ia sebenarnya boleh menyebabkan amalan tidak diterima Allah. Imam Ibnu Taymiyyah berkata: “Sesungguhnya bagi seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik kecil.”
Apabila suatu amalan dilaksanakan dengan ikhlas kerana Allah, ia akan diterima oleh-Nya. Sebaliknya, apabila amalan diniatkan untuk mendapat perhatian, pujian atau meraih keuntungan duniawi, maka ia tidak diterima Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia niatkan.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Allah berfirman bermaksud: “Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan (ikhlas) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.” (Surah Al-Bayyinah, ayat 5)
Imam Ibnu al-Qayyim ketika menafsirkan ayat itu menyatakan: “Seperti Allah adalah satu dan tiada Tuhan selain-Nya begitu pula hendaklah amal ibadah itu layak dipersembahkan hanya untuk-Nya dan tiada sekutu. Demikian juga halnya jika hanya Dia sebagai sembahan, maka wajiblah mengesakannya dalam perhambaan kerana amal yang salih adalah amal yang bersih daripada riak dan terikat dengan sunah.”
Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi dua syarat iaitu niat ikhlas semata-mata demi Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikuti sunnah Nabi).
Allah berfirman bermaksud:
Barang siapa berharap akan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal salih dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun.” (Surah al-Kahfi, ayat 110)
Menyedari besarnya musibah dibawa sifat riak, Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa:
Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk riak kerana ia dianggap syirik tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah, sedangkan niat tersembunyinya untuk mendapat perhatian dan pujian manusia.
Perasaan riak dapat disingkirkan dalam jiwa setiap insan jika dia benar-benar memahami keagungan sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat serta Maha Mengetahui apa yang nampak ataupun tersembunyi.
Firman Allah bermaksud:
Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya” (Surah Ali-Imran, ayat 29)
Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kepada Allah.
Pada akhirat nanti, bagi mereka yang riak akan menerima pembalasan dengan dibongkarkan niatnya yang buruk itu di depan seluruh makhluk seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelekannya. Siapa berbuat riak, maka Allah akan menampakkan sifat riaknya itu (di depan makhluk).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Al-Khathabi berkata: 
“Makna hadis ini, orang yang melakukan amalan tanpa niat ikhlas, namun hanya mahu dilihat dan didengar manusia, maka pada hari kiamat dia akan dibalas atas hal itu iaitu dengan cara memperkenalkannya, membongkarkan kejelekannya dan menampakkan apa yang dia sembunyikan (di sebalik amalannya).”
Oleh itu, mari kita berlumba untuk mengerjakan amal salih secara tulus ikhlas kerana Allah dan jika perasaan riak timbul perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.
Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah.



Saturday, 21 January 2012

tayamum

Pengertian Tayamum

             Tayamum adalah pengganti wuduk atau mandi wajib iaitu digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih. 
             Alat tayamum adalah tanah suci yang ada debunya. antara alat yang boleh digunakan untuk bertayamum ialah pasir halus, pecahan batu halus. Dilarang bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah.
             Apabila seseorang telah melakukan solat, tetapi sudah mempunyai air, maka dia tidak perlu mengulangi solat nya sekali lagi. Tetapi apabila berhadas, anda perlu mengutamakan air daripada bertayamum yang wajib hukumnya bila sudah tersedia. Tayamum untuk hadas hanya bersifat sementara dan darurat hingga air sudah ada.
          Tayamum yang telah dilakukan boleh terbatal apabila ada air dengan alasan tidak ada air atau boleh menggunakan air dengan alasan tidak dapat menggunakan air tetapi tetap melakukan tayamum serta sebab musabab lain seperti yang membatalkan wuduk dengan air.




Sebab / Alasan Melakukan Tayamum 
- Dalam perjalanan jauh
- Jumlah air tidak mencukupi karena jumlahnya sedikit
- Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan
- Air yang ada suhu atau kondisinya mengundang kemudharatan
- Air yang ada hanya untuk minum
- Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat telat shalat
- Pada sumber air yang ada memiliki bahaya
- Sakit dan tidak boleh terkena air
 Syarat Sah Tayamum 
- Telah masuk waktu solat
- Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran
- Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum
- Sudah berupaya / berusaha mencari air namun tidak ketemu
- Tidak haid maupun nifas bagi wanita / perempuan
- Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh



Sunat Ketika Melaksanakan Tayamum

- Membaca basmalah
- Menghadap ke arah kiblat
- Membaca doa ketika selesai tayamum
- Medulukan kanan dari pada kiri
- Meniup debu yang ada di telapak tangan
- Menggodok sela jari setelah menyapu tangan hingga siku


  
Rukun Tayamum

- Niat Tayamum.
- Menyapu muka dengan debu atau tanah.
- Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.



Tata Cara Tayamum

- Membaca basmalah
- Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
- Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
- Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan shalat karena Allah Ta'ala).
- Mengusap telapak tangan ke muka secara merata
- Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan
- Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
- Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
- Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri





Mari lihat cara bertayyamum